|
Kenapa Lelaki Suka Mempermainkan Hati dan Perasaan Wanita? (iluvislam)
Sunday, January 1, 2012 | 2:04 PM | 0 candie blossom
Assalamualaikum Ukhti/Akhi :D Hari ni Iman jmpe satu entry di blog iluvislam. Hari ni mengudate psal satu topik yang membuatkn hati Iman tertarik nk bace entry ni. entry yang dijelaskan ialah: Kenapa Lelaki Suka Mempermainkan Hati dan Perasaan Wanita? Kat entry ni Iman letak komen² diorg je. Jom kita bace ^________^ Soalan: Salam, kenapa lelki hnya suka mmpermainkn hati dan prsaan wanita. tidak ada sekalumitkn rsa brsalah dlm hati mreka krn mmprmainkn hati org yg menyayangi mreka. knpe sblum mndptkn seseorg sanggup melkukan apa shaja semta2 mahu mndpt kta ptus "ya". tpi, semkin lma, semkin jauh. akhrnya prkra yg kcil pon dibesrkan. lngsung tiada hatikah insan yg bernma lelki ini?? Jawapan yang diberi: Seorang pencuri yang mencuri barangan curi, apabila barangan curi tersebut dicuri pencuri yang lain, atau dipulangkan kembali kepada pemilik asal, si pencuri tersebut tidak ada hak untuk merasa kehilangan atas barang yang dicuri itu. Kerana barang curi itu sejak dari awal bukanlah haknya. B) assalamualaikum... erm..setuju dgn bayu_biru, kebanyakan wanita itu sendiri yang rela hati dan perasaannya dipermainkan..coz, sesetengah wanita bila da sayang tu, dia seolah-olah x kisah bila dipermainkan..myb dia harap suatu hari nanti lelaki tu akan berubah dan menyayangi nya kembali. jadi, bila lelaki tu minta dia serah diri, dengan mudah nya dia merelakan...so, apa lagi yang t'sisa bg wanita itu...??akhirnya nangis x berkesudahan.. p/s..biarpun kta sayang sgt dengan lelaki tu, jangan dengan mudah kita berikn semua yang kita ada... C) Salam. oklah timm. macam ni sajalah. apabila sudah terkena dipermainkan sekali, amik iktibar dan pengajaran. lain kali jangan sampai dipermainkan seperti sebelum ini. kesilapan pertama, ada pengalaman dan pengajaran. sebenarnya perempuan juga suka mempermainkan lelaki. yang penting jaga diri dan jaga perasaan orang lain juga =) D) Salam. Isu ni tidak berkaitan dengan jantina. Tapi akhlak setiap orang tu sendiri. Adalah tidak adil jika kita menuding dan pukul rata isu ini kepada 'jantina'. Kadang setiap diri perlu menghormati diri sendiri, dan prinsip perlu kuat, supaya orang tak berani nak mempermainkan kita. Kalaupun dah ditakdirkan kita dipermainkan, sangka baiklah dengan Allah, Allah pasti mahu mengajarkan sesuatu kepada kita. Optimis Kawan. Bunga bukan sekuntum, Kumbang berekor-ekor.. perbaiki akhlak kita, perbaiki diri, InsyaAllah ada seseorang yang lebih baik sudahpun Allah siapkan untuk kita. Jangan pernah memikirkan kita mahu orang yang baik-baik shj, jika diri kita sendiripun, belum habis kita perbaiki. Pokoknya, perbaiki diri.InsyaAllah. Belajarlah untuk redha, dan berlapang dada. Redha itu memerlukan usaha, bukan menyerah semata-mata. Wassalam. E) salam. saya simpati pada awak, sebenarnya awak dalam keadaan marah kan semasa menulis tentang ini... balik-balik awak dihentam. maafkan saya, tapi apa yang mereka katakan ada benarnya.. salah awak menuding semua pihak andai seorang sahaja yang awak benci, lalu awak menyimpulkan begitu. lebih-lebih lagi, jika awak berburuk sangka dgn semua lelaki adalah sebegitu, sedangkan itu adalah dikira berdusta tim. Andai lelaki yg awak marah itu adalah suami awak, doakan dia berubah... andai dia adalah sekadar 'pakwe', sebaiknya awak fikir tentang 'betulkah cara awak berhubung dgn dia? halalkah hubungan sedemikian?..kadangkala apa yang berlaku adalah kesilapan diri sendiri, lalu kajilah ia, dan perbetulkan kerana melaluinya ALLAH MENGAJAR KITA... sampai kat sini je komen² psal topik ni.nak tulis semua mesti tak sempat.klau uhkti/akhi nk tengok kesemua komen,sila rujuk ke page ini p/s: Ada perempuan yang mainkan lelaki,ada juga lelaki yang mainkan perempuan.ape yg pnting baik lelaki mahupun perempuan perlu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan .mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan orang yang mempermainkan atau dimainkan. :D *Sampai di sini sahaja entry kali ini.Jangan lupa follow blog Ainn & Imanina!Kami akn follow blog anda kemudian.Jazakallahukhairankhathira.Asif jika ada kekurangan atau kesalahan dalam entry ini.Iman doakan smoga semua dlam keadaan baik dan sihat. -Assalamualaikum- -Imanina- |